Visi

Mc-Ocean Adalah Titik Permulaan Impian

Rasa ingin tahu dan menjelajahi dunia yang tidak diketahui selalu dikaitkan dengan peradaban masyarakat manusia. Jurumudi terkenal iaitu Christopher Columbus, jika ditakdirkan beliau tidak mempunyai impian hendak belayar, maka tidak akan menemui Dunia Baru. Walaupun peristiwa itu dianggap sebagai cerita kuno, namun pengajarannya yang baik masih beredar sehingga kini. Maharaja Yong Le yang ingin tahu tentang keajaiban seberang laut, telah melantik Cheng Ho untuk belayar menuju ke barat dan mencipta "Tujuh Kali Pelayaran Cheng Ho Ke Barat" yang tercatat dalam sejarah. Dalam zaman pelayaran, jurumudi dan mubaligh dari Eropah turut melawan ombak, belayar jauh di seluruh dunia bahkan sering berulang-alik dari Timur ke Barat.


Orang zaman dahulu yang bijaksana selalu mengatakan bahawa "pencarian makanan bergantung kepada persekitaran". Ungkapan ini memang merupakan huraian terbaik yang menggambarkan cara hidup manusia. Menjalani kehidupan dalam masyarakat yang sering bersaing, kita umpama sebuah perahu kecil di tengah-tengah lautan dan hanya orang yang dapat menyesuaikan dirinya sahaja boleh terus hidup dan berkelana. Lautan terbentuk daripada penyatuan sungai-sungai yang begitu besar dan megah. Di lautan yang tak terbatas, kita memerlukan sebuah kapal yang teguh, mengetuai kita untuk mencari harta karun lautan dan mencapai impian kehidupan kita yang akan datang.


Walaupun malang tidak berbau, lautan sentiasa berubah dengan cepat. Kadang-kala tenang dan kadang-kala bergelora. Namun, dengan asas perniagaan Mc Ocean yang mantap dan kuat, semasa laut tenang, ia maju ke depan dengan lancar, semasa laut membadai, ia adalah tulang belakang untuk memimpin kita ke puncak kejayaan.


Tanpa menghiraukan pasang surut, Mc-Ocean sentiasa berdiri tegak menempuh ombak dan badai. Layar dinaikkan dengan penuh keazaman dan tidak mudah dirosakkan, seiringan dengan anda! Mc-Ocean berdampingan dengan laut, bergantung kepada angin untuk menghasilkan tenaga. Sumber laut yang berkhasiat berkembang dan berganda tanpa kesudahannya, tidak pernah berhenti, kemakmuran bergenerasi, beginilah keyakinan dan harapan kita, membawa pulang hasil pungutan yang lumayan dan penuh dengan tuaian kehidupan dan kemuliaan.


Pada waktu kebangkitan kesedaran perlindungan alam sekitar di seluruh dunia, Mc-Ocean selaras dengan semangat "menerima dari masyarakat, memulangkan kepada masyarakat", telah melaksanakan tanggungjawab melindungi alam semulajadi ini.


Mc-Ocean berganding bahu dengan tanggungjawab yang berat sebagai oasis lautan dengan misi untuk menghasilkan produk-produk kehijauan sehingga generasi yang akan datang dapat terus menikmati kurnia alam semulajadi ciptaan tuhan ini.