Seksyen 7 - Kod Etika Pengedar


7.1

Merujuk kepada seksyen 1, Pengedar perlu menjalankan perniagaan jualan langsung berpandukan undang-undang, syarat-syarat dan peraturan-peraturan dibawah Akta Jualan Langsung dan Akim Anti-Piramid 1993.


7.2

Pengedar boleh memperkembangkan perniagaannya dan membanggunkan rangkaian pengedarannya berdasarkan Polisi dan Prosedur Syarikat.


7.3

Pengedar TIDAK boleh menyertai kegiatan yang menyalahi undang-undang atau terbabit di dalam mana-mana "skim cepat kaya", dan skim "money-laundering", atau terlibat dalam mana-mana skim kepentingan yang tidak diluluskan oleh pihak berkuasa.


7.4

Pengedar hendaklah mendaftarkan perniagaannya dengan pihak berkuasa dan membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.


7.5

Segala kelakuan, percakapan dan tatacara Pengedar mestilah mencerminkan keikhlasan, kejujuran, imej dan integriti Syarikat.


7.6

Pengedar mestilah menjalankan perniagaannya dengan keadilan, tatacara yang baik, jujur, serius, penuh komitmen dan bertanggungjawab.


7.7

Pengedar mestilah:-

(a) Dengan jujur dan amanah mempersembahkan dan menyampaikan kualiti, nilai dan prestasi produk Syarikat.

(b) Dengan jujur dan ikhlas menjelaskan dan menggambarkan potensi pendapatan Pelan Pemasaran Syarikat, dan tidak boleh memberi penekanan yang berlebihan terhadap komisen tinggi yang tidak seimbang atau pembayaran komisen.


7.8

Menukar penaja dibawah rangkaian pengedaran yang berlainan (Line-Switching) atau memancing pengedar lain (Line-pinching) adalah tidak beretika dan dilarang sama sekali.

(a) Pengedar tidak boleh menawarkan sebarang hadiah, cabutan bertuah, harga diskaun, insentif atau dorongan lain untuk mendapatkan prospek baru atau pengedar-pengedar lain untuk menyertai kumpulan rangkaian pengedarannya.

(b) Pengedar tidak boleh menggunakan cara kasar, mengugut, sebarang kelakuan tidak beretika dan dengan niat yang tidak baik untuk memujuk prospek baru atau pengedar lain untuk menyertai kumpulan rangkaian pengedarannya.


7.9

Selain daripada pembelian dan jualan produk biasa seperti yang diperuntukkan di bawah Pelan Pemasaran Syarikat, Pengedar tidak boleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, terlibat dengan pengedar-pengedar lain atau rangkaian pengedarannya (downlines), dalam sebarang urusan kewangan.

(a) Tidak boleh terlibat dalam urusan pinjaman wang antara satu sama lain

(b) Tidak boleh terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram


7.10

Pengedar tidak boleh terlibat atau mengambil bahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, menarik, mengajak atau menghasut pengedar lain untuk menyertai aktiviti-aktiviti lain.

(a) Menyertai syarikat jualan langsung lain.

(b) Mengambil bahagian dalam perniagaan atau perdagangan lain.

(c) Terlibat dalam urus-niaga jualan produk lain

(d) Menyertai atau terlibat dalam kursus atau latihan lain.

(e) Terlibat dalam sebarang kegiatan atau aktiviti lain yang menjejaskan atau memudaratkan kepentingan Syarikat.。


7.11

Pengedar mestilah menjual produk pada harga jualan runcit yang dicadangkan oleh Syarikat.

(a) Menjual produk dengan harga diskaun adalah dilarang sama sekali.

(b) Menggunakan amalan-amalan perdagangan yang tidak adil dan jujur dimana secara tidak langsung menjual produk di bawah harga runcit yang telah disyorkan adalah dilarang sama sekali.


7.12

Pengedar tidak seharusnya membeli produk dalam jumlah kuantiti yang besar atau sebarang jumlah yang besar yang melebihi keupayan mereka untuk menjualnya dalam tempoh masa yang berpatutan.


7.13

Pengedar tidak boleh menggunakan kekerasan, ancaman-ancaman atau kegiatan-kegiatan tidak adil untuk menpengaruhi mana-mana pelanggan supaya membeli produk.


7.14

Pengedar tidak boleh mempamerkan atau menjual produk Syarikat di mana-mana kedai runcit, kaunter, kompleks membeli-belah atau kedai paparan tanpa sebarang persetujuan bertulis daripada Syarikat .


7.15

Pengedar, tidak kira pangkatnya, yang TIDAK mematuhi atau melanggar mana-mana peraturan Polisi dan Prosedur Pengedar Syarikat, selepas siasatan dibuat Pengedar tersebut akan digantung atau ditamatkan keahliannya berdasarkan seksyen 8.