Seksyen 5 - Status Pengedar


5.0

Perjanjian Diantara Pengedar dan Syarikat


5.1

Pengedar mengendalikan perniagaan di Syarikat sebagai sebuah entity perniagaan individu bebas (iaitu Pengedar Bebas), dan tidak ada hubungan agensi atau pekerjaan langsung antara Pengedar dan Syarikat.


5.2

Pengedar adalah BUKAN pekerja, ejen atau wakil Syarikat, dan TIDAK diberi kuasa untuk bertindak dan bercakap bagi pihak atau mengikat Syarikat atau gabungannya, pemegang saham, Pengarah atau pegawai dan pekerjanya.


5.3

Pengedar tidak boleh membuat apa-apa tuntutan, representasi atau kenyataan-kenyataan tentang Syarikat, atau menuntut mempunyai kuasa khas untuk mewakili Syarikat dalam sebarang transaksi dan urusan; dan Tidak boleh menuntut mempunyai hubungan perniagaan khas dengan Syarikat, sekutunya, pemegang saham atau pegawai-pegawainya. Pengedar mestilah menanggung kerugian Syarikat terhadap sebarang liabiliti undang-undang yang timbul daripada tuntutan, representasi atau kenyataan yang tidak betul yang dibuat oleh Pengedar sendiri.


5.4

Syarikat tidak akan menanggung atau bertanggungjawab terhadap mana-mana tuntutan bayaran daripada Pengedar atau mana-mana pihak ketiga untuk sebarang pampasan, tuntutan, kehilangan, kos atau yuran ditanggung akibat daripada Pengedar tidak mematuhi Polisi dan Prosedur, atau pertikaian dengan pihak ketiga yang ditimbulkan oleh Pengedar sendiri..


5.5

Pengedar tidak boleh memfitnah Syarikat, pegawai-pegawainya, dan Pengedar-pengedar lain.


5.6

Pengedar tidak boleh bertindak, sama ada secara individu atau berkumpulan, mencuba untuk mempengaruhi operasi dan pentadbiran Syarikat yang akan menjejaskan operasi perniagaan Syarikat. Sengaja atau berniat menentang peraturan Syarikat adalah tidak dibenarkan.


5.7

Pengedar tidak mempunyai dan tidak boleh mendakwa mempunyai, sebarang keistimewan atau hak perniagaan khas keatas mana-mana kawasan atau wilayah.


5.8

Pengedar mestilah memenuhi syarat-syarat KPI (Key Performance Indicator) yang dikuatkuasakan oleh Syarikat. Pengedar yang tidak lulus penilaian KPI akan menyebabkan keahliannya digantung atau ditamatkan.