Seksyen 4 - Pemindahan Keahlian


4.1

Keahlian di dalam Syarikat tidak boleh dipindah milik atau dijual-beli kecuali atas sebab-sebab berikut

1. Kematian

2. Umur sudah tua

3. Tidak berupaya

4. Kesihatan (disahkan oleh pengawai kesihatan)

5. Kelulusan khas oleh pihak Syarikat.


4.2

Pemindahan Disebabkan Kematian (Waris)

(a) Keahlian didalam syarikat adalah dianggap sebagai warisan si mati.

(b) Jika Pengedar meninggal dunia dengan wasiat, maka nama yang dinyatakan di dalam wasiat akan mewarisi keahlian dalam Syarikat.

(c) Jika Pengedar mati tanpa wasiat, maka isteri atau suami si mati akan mewarisi keahlian; atau sesiapa yang ditetapkan dibawah undang-undang pembahagian warisan.


4.3

Sebarang permohonan untuk memindahkan keahlian dibawah seksyen 4.1 mestilah dibuat secara rasmi dengan permohonan bertulis dan disertakan dokumen-dokumen sah.


4.4

Selepas permohonan pemindahan diluluskan oleh Syarikat, Pengedar baru perlu menandatangani satu surat persetujuan mematuhi segala peraturan Polisi dan Prosedur Pengedar Syarikat, dan menanggung hak pendapatan komisen jualan produk.


4.5

Yang diwarisi oleh Pengedar baru hanya terhad kepada haknya ke atas komisen jualan dibawah pelan pemasaran. Ia tidak merangkumi status, kedudukan atau keistimewan yang diterima oleh si mati sebelum pemindahan keahlian.


4.6

Kelulusan khas oleh pihak Syarikat

(a) Jika terdapat permohonan khas untuk memindah keahlian atas sebab-sebab tertentu, Syarikat akan menyemak permohonan dengan terperinci sebelum kelulusan boleh diberikan.

(b) Syarikat mempunyai hak dan kuasa mutlak untuk meluluskan atau tidak permohonan tersebut tanpa memberi sebarang sebab. Keputusan Syarikat adalah muktamad.