Seksyen 2 - Permohonan Menjadi Pengedar


2.1

Keahlian Syarikat adalah terbuka kepada "individul" atau "korporat", dengan menyerahkan satu Borang Permohonan Pengedaran (DAF) yang telah ditandatangani oleh pemohon.


2.2

Permohonan mestilah ditaja oleh seorang Pengedar aktif yang sah.


2.3

Syarikat mempunyai hak dan kuasa untuk menolak mana-mana permohonan tanpa memberi sebarang sebab.


2.4

Seorang Pengedar adalah dibenarkan untuk memegang satu (1) keahlian sahaja di bawah satu nama yang serupa. Jika didapati ada dua keahlian di bawah nama yang serupa, Syarikat akan menamatkan salah seorang daripada mereka yang dianggapkan sesuai dan mustahak.


2.5

Jika terdapat kesilapan di dalam pendaftaran barisan rangkaian Pengedar, Syarikat mempunyai kuasa untuk meminda, menyelaras, memulih dan/atau membetulkan mana-mana yang difikirkan sesuai dan mustahak.


2.6

Apabila permohonan diterima oleh Syarikat, bayaran keahlian sebanyak RM137.80 (termasuk GST) perlu dibuat kepada Syarikat. Bayaran ini termasuk yuran keahlian, sales kit dan kad ahli.


2.7

Permohonan Individu

(a) Individu yang berumur 18 tahun ke atas, dan tidak diisytiharkan bankrap.

(b) Permohonan oleh warganegara Malaysia mestilah disertai dengan satu salinan kad pengelanan (MYKAD), dan penyata akaun bank yang ditentukan untuk pembayaran komisen jualan produk.

(c) Permohonan daripada individu bukan warganegara Malaysia mestilah disertai dengan satu salinan pasport, permit kerja yang sah dan penyata akaun bank Malaysia yang ditentukan. Oleh kerana keperluan peraturan undang-undang cukai pendapatan Malaysia, cukai tertahan (withholding tax) perlu dipotong daripada pendapatan bukan warganegara Malaysia sebelum komisen jualan produk boleh dibayar kepada Pengedar bukan warganegara.


2.8

Permohonan Korporat

Permohonan Korporat (a) Permohonan daripada perniagaan persendirian atau perkongsian mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:-

  • Sijil pendaftaran perniagaan (Borang D) dan senarai pemilik kongsi (Borang A) daripada SSM
  • Salinan penyata akaun bank
  • (b)Permohonan daripada sebuah syarikat Sdn Bhd mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:-

  • Sijil Perbadanan Syarikat (Borang 9, dan Borang 13, jika perlu)
  • Borang 49
  • Salinan penyata akaun bank
  • (c) Hanya seorang wakil sahaja daripada pemohon perkongsian atau syarikat Sdn Bhd akan diterima oleh Syarikat. Oleh itu wakil pengurus rangkaian pengedaran untuk pemohon korporat mestilah dinyatakan dengan jelas dalam borang permohonan.

    (d) Bagaimanapun, sebarang komisen jualan produk akan dibayar atas nama syarikat itu, dan BUKAN wakilnya.


    2.9

    Mana-mana permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat permohonan tersebut diatas akan ditolak oleh Syarikat.


    2.10

    Permohonan yang mengandungi maklumat palsu akan dianggap sebagai terbatal dan tidak sah.


    2.11

    Pembaharuan Keahlian

    (a) Keahlian Syarikat tertakluk kepada pembaharuan setiap 2 (dua) tahun.

    (b) Bayaran pembaharuan keahlian adalah RM84.00 .

    (c) Pengedar bertanggungjawab untuk memperbaharui keahliannya 1 (satu) bulan sebelum tempoh keahliannya tamat.

    (d) Pembaharuan keahlian adalah bukan automatik. Jika perlu dan mustahak untuk berbuat demikian, Syarikat mempunyai kuasa dan hak mutlak untuk menolak sebarang permohonan pembaharuan keahlian tanpa memberi sebarang sebab.

    (e) Jika terdapat sebarang kegagalan, pengabaian atau keengganan untuk memperbaharui keahliannya selepas tempoh tamat, maka keahlian Pengedar akan dianggap telah tamat tempohnya.

    (f) Pengedar yang telah tamat tempoh keahliannya akan kehilangan semua haknya untuk menerima komisen jualan produk, status dan keistimewaan lain di bawah pelan pemasaran Syarikat.


    2.12

    Permohonan Semula Keahlian

    (a) Pengedar yang telah menamatkan keahliannya secara sukarela atau keahliannya telah tamat tempohnya melebihi 6 bulan, boleh memohon semula sebagai Pengedar baru di dalam Syarikat.

    (b) Syarikat berhak untuk menolak permohonan semula keahlian tanpa memberi sebarang sebab.

    (c) Samada keahlian lama itu diberhentikan secara sukarela atau keahlian telah tamat tempohnya, Pengedar baru ini dikehendaki bermula dari pangkat biasa di bawah pelan pemasaran Syarikat.

    (d) Pengedar baru boleh memilih penaja baru berlainan daripada penaja lama sebelum penamatan keahliannya.

    )(e) Rangkaian pengedaran di bawah Pengedar lama (iaitu downline) sebelum penamatan keahliannya TIDAK dibenarkan untuk dialihkan atau dipindahkan kepada Pengedar baru ini.


    2.13

    Penukaran Nama Keahlian Kepada Nama Syarikat

    (a) Oleh kerana keperluan perniagaan, permohonan boleh dibuat untuk menukarkan nama keahlian daripada nama individu kepada nama syarikat perniagaan.

    (b) Permohonan mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan bagi keahlian korporat dibawah seksyen2.8

    (c) Pengedar individu asal mestilah pemilik syarikat perniagaan baru yang didaftar ini.

    (d) Sebarang percubaan untuk menukar nama keahlian di bawah seksyen ini adalah tertakluk kepada peraturan seksyen 4 (Pemindahan Keahlian).