Seksyen 11 - Harta Intelek Syarikat


11.1

Nama Syarikat, logo atau cap dagangan Syarikat tidak boleh digunakan atau dipamerkan oleh Pengedar pada mana-mana rumah kediaman, pangsapuri, kedai perdagangan, pejabat atau kompleks perniagaan.


11.2

Pengedar dilarang menggunakan sebarang bentuk media (termasuk multimedia) untuk mengiklan atau menggalakkan urusan perniagaan dan produk syarikat, atau melibatkan diri dalam mana-mana temu-bual dengan media, artikel dalam media, penerbitan akhbar, atau sebarang penerbitan awam.


11.3

Pengedar tidak boleh menggunakan logo atau nama Syarikat, cap dagangan, nama produk, atau mana-mana harta intelek Syarikat, sama ada berdaftar atau tidak , dalam sebarang bentuk bagi pengiklanan atau promosi tanpa mendapatkan surat kelulusan bertulis daripada Syarikat.


11.4

Pengedar tidak boleh menggunakan kad perniagaan (business card) atau alat bantuan jualan peribadi yang mengandungi logo Syarikat, nama atau cap dagangan tanpa mendapat surat kelulusan bertulis daripada Syarikat.


11.5

Tertakluk kepada seksyen 11.3 dan11.4:-

(a) Perkataan "Pengedar Bebas" mestilah dicetak pada kad perniagaan dan alat-alat bantuan jualan yang diluluskan oleh Syarikat

(b) Penggunaan gelaran pangkat dalam Syarikat atau alamat perniagaan Syarikat adalah dilarang sama sekali.

(c) Kad perniagaan dan alat-alat bantuan jualan peribadi hanya boleh diedarkan melalui hubungan peribadi sahaja, dan tidak boleh disiarkan di tempat-tempat awam atau laman web internet.


11.6

Jika berlaku sebarang pelanggaran hak intelek, Syarikat berhak menuntut ganti rugi dan/atau perintah mahkamah, dibawah undang-undang yang bersesuaian.


11.7

Syarikat mempuyai hak untuk melarang mana-mana pengiklanan atau promosi yang salah atau keterlaluan, dan boleh menuntut semua ganti rugi dibawah undang-undang yang bersesuaian.