Seksyen 10 - Jualan dan Pembelian Produk


10.1

Pengedar boleh membeli produk daripada Syarikat pada harga borong (harga pengedar).


10.2

Pembelian produk mestilah dibayar dengan wang tunai, atau tender undang-undang dan instrumen pembayaran yang ditetapkan oleh Syarikat.


10.3

Tarikh Tutup Jualan Setiap Bulan

(a) Tarikh tutup untuk pembelian produk adalah hari urusniaga terakhir setiap bulan.

(b) Pengedar harus memastikan jualan penyenggaraan bulanan (iaitu sales maintenance) mereka dibuat sebelum waktu perniagaan ditutup pada hari urusniaga terakhir.

(c) Syarikat tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan hak menerima komisen jualan produk disebab borang pesanan pembelian dihantar selepas waktu perniagaan pada hari urusniaga terakhir.


10.4

Pembayaran Komisen Jualan Setiap Bulan

(a) Pengedar dikehendaki mempunyai satu akaun bank yang sah untuk pembayaran terus komisen jualan setiap bulan (jika ia layak menerima).

(b) Komisen jualan produk akan dibayar atas nama Pengedar berdaftar yang sah. Sebarang permintaan untuk membayar komisen atas nama penerima yang lain TIDAK akan dilayan.

(c) Komisen jualan produk bagi sesuatu bulan bonus akan dikira kepada Pengedar yang layak mengikut Pelan Pemasaran Syarikat, dan dibayar pada atau sebelum 20 haribulan yang berikutnya, tertakluk kepada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum. Tarikh sebenar Pengedar menerima komisen mungkin berbeza bagi bank yang digunakan oleh pengedar dan waktu pemindahan IBT.

(d) Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan bagi pembayaran komisen disebab akaun bank yang diberikan kepada Syarikat adalah tidak betul atau tidak aktif lagi.