McOcean
Garis Panduan & Sistem

TERMA DAN SYARAT

Ketahui tentang Gold Premier Seminar kami, faedah-faedah keahlian, dan prosedur bagi memastikan persekitaran perniagaan yang diyakini.

Pendaftaran Sepanjang Hayat

RM130
BAYARAN SEKALI SAHAJA

Mulakan perjalanan anda bersama McOcean hari ini. Setelah mendaftar, pengedar baru akan menerima pakej permulaan yang lengkap:

Kit Jualan Rasmi
Kad Ahli Eksklusif
Daftar Sebagai Ahli Sekarang

MC-OCEAN HOLDING SDN BHD

(571578-X)  •  (AJL931663)

GOLD PREMIER SEMINAR (GPS)

Sejak pengenalan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (AJLSAP1993), industri jualan langsung telah mencipta satu spektrum baru dan peluang perniagaan untuk semua rakyat Malaysia. Dengan pindaan akta baru ini, orang ramai berharap penguatkuasaan yang ketat ke atas skim cepat kaya (money game atau binary) dapat dipertingkatkan agar industri jualan langsung dapat berkembang dengan lebih pesat serta penuh keyakinan dan beretika. Usaha ini pasti akan memberi peluang kepada kesemua pengedar jualan langsung memperkembangkan rangkaian urusan jualan langsung mereka.

Sebagai seorang ahli syarikat McOcean, saya mestilah memahami lebih mendalam semua peraturan yang telah diperuntukkan di bawah AJLSAP1993 dan segala undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan, supaya tidak ada salah faham semasa menjalankan perniagaan jualan langsung, dan didakwa dan dihukum di mahkamah.

Semua ahli dan pengedar syarikat McOcean mestilah mematuhi semua peraturan seperti di bawah:

(Pastikan Anda Memahami Setiap Peraturan Sebelum Klik 'SETUJU'.)

1

Ahli telah menandatangani satu Borang Permohonan Keahlian, dan borang ini setelah diterima oleh syarikat akan menjadi kontrak keahlian. Keahlian dalam syarikat ini boleh ditamatkan pada bila-bila masa dengan memberitahu syarikat secara rasmi. Setiap orang hanya boleh memegang SATU keahlian dalam syarikat.

2

McOcean adalah sebuah syarikat jualan langsung berlesen yang sah, dan menjalankan penjualan & pemasaran produk-produk secara berbilang-tingkat. Dan syarikat bukanlah sebuah syarikat pelaburan. Oleh itu tiada faedah atau dividen akan dibayar kepada ahli-ahli. Komisen hanya dibayar mengikut jualan produk yang dibuat oleh ahli dan kumpulannya. Komisen tidak akan dibayar jika hanya mengambil atau rekrut ahli-ahli baru. Tidak ada jaminan bonus atau komisen akan dibayar tanpa usaha.

3

Ahli mestilah menjual dan memasarkan produk-produk syarikat kepada pelanggan, dan berkongsi faedah & kebaikan produk-produk syarikat. Semasa memperkembangkan jaringan ahli anda, ahli mestilah menjelaskan prestasi dan kualiti produk-produk syarikat dengan jujur dan ikhlas. Ahli dilarang menggunakan kekerasan, ancaman atau amalan yang tidak adil untuk mendorong pelanggan-pelanggan supaya membeli produk-produk tertentu, dan harga jualan mestilah mengikut harga runcit rasmi syarikat. Apabila membuat pembelian produk daripada syarikat, ahli seharusnya membuat bayaran mereka terus ke dalam akaun bank McOcean, dan BUKAN ke akaun bank peribadi upline.

4

Syarikat TIDAK menggalakkan ahli membeli amaun produk yang besar dan lebih dari keupayaan mereka supaya boleh menjualnya dalam masa yang munasabah. Seperti yang diperuntukkan di bawah AJLSAP1993, Dasar-Beli-Balik produk-produk yang belum dijual oleh ahli adalah tertakluk kepada tempoh bertenang selama 10 hari bekerja dari tarikh invois (Cooling Off Period) untuk bayaran balik 100%. Jika baki produk yang belum dijual dipulangkan dalam masa 6 bulan dari tarikh invois, 10% kos pentadbiran akan dikenakan dan ditolak daripada bayaran balik.

Semua bonus jualan yang pernah diterima oleh ahli penamatan sebelum ini akan ditolak daripada bayaran balik; Adalah tanggungjawab semua upline yang terlibat memulangkan bonus jualan yang mereka telah terima sebelum ini. Pembayaran balik bonus jualan kepada ahli penamatan adalah tanggungjawab asas semua upline.

5

Ahli haruslah menghadiri latihan produk dan latihan pemasaran atau seminar lain yang dianjurkan oleh syarikat untuk meningkatkan kemahiran jualan dan pemasaran produk.

Seksyen 1 - Syarikat dan Pengedar

1.1

Mc-Ocean Holding Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai Syarikat) merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan sistem pemasaran berangkaian. Syarikat menyokong dan menggalakkan pengedar-pengedarnya menjual produk Syarikat dan memberi perkhidmatan yang berprofesional, dan membina rangkaian pelanggan mereka.

1.2

Syarikat menggunakan satu pelan pemasaran yang unik untuk menjual produk kepada pelanggan-pelanggan. Semua Pengedar mestilah mematuhi semua peraturan jualan langsung semasa menjalankan perniagaan dan dikehendaki menyimpan rekod jualan untuk membuat laporan pendapatan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

1.3

Pengedar mestilah menandatangani satu Borang Permohonan Pengedaran (DAF) dan telah diterima dan disahkan oleh Syarikat sebagai seorang Pengedar rasmi.

1.4

Sebaik sahaja permohonan telah diterima dan didaftarkan oleh Syarikat secara rasmi:-

Sebaik sahaja permohonan telah diterima dan didaftarkan oleh Syarikat secara rasmi:-

(a) Pengedar mestilah memahami dan mematuhi segala peraturan di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 semasa menjalankan perniagaan jualan langsung.

(b) Pengedar mestilah mematuhi segala peraturan yang terkandung didalam Polisi dan Procedur Pengedar Syarikat.

(c) Pengedar yang tidak mematuhi atau melanggar mana-mana peraturan Polisi dan Procedur Pengedar akan menyebabkan hak keahliannya digantung atau ditamatkan.

1.5

Semua Pengedar mestilah mengetahui, memahami dan mematuhi Polisi dan Procedur Pengedar yang dikuatkuasakan oleh Syarikat. Ini adalah tanggungjawab semua Pengedar unutuk mengetahui edisi terbaru Polisi dan Prosedur Pengedar. Alasan tidak diberitahu kandungan polisi dan prosedur terkini adalah tidak munasabah dan tidak akan dilayan.

Seksyen 2 - Permohonan Menjadi Pengedar

2.1

Keahlian Syarikat adalah terbuka kepada "individul" atau "korporat", dengan menyerahkan satu Borang Permohonan Pengedaran (DAF) yang telah ditandatangani oleh pemohon.

2.2

Permohonan mestilah ditaja oleh seorang Pengedar aktif yang sah.

2.3

Syarikat mempunyai hak dan kuasa untuk menolak mana-mana permohonan tanpa memberi sebarang sebab.

2.4

Seorang Pengedar adalah dibenarkan untuk memegang satu (1) keahlian sahaja di bawah satu nama yang serupa. Jika didapati ada dua keahlian di bawah nama yang serupa, Syarikat akan menamatkan salah seorang daripada mereka yang dianggapkan sesuai dan mustahak.

2.5

Jika terdapat kesilapan di dalam pendaftaran barisan rangkaian Pengedar, Syarikat mempunyai kuasa untuk meminda, menyelaras, memulih dan/atau membetulkan mana-mana yang difikirkan sesuai dan mustahak.

2.6

Apabila permohonan diterima oleh Syarikat, bayaran keahlian sebanyak RM137.80 (termasuk GST) perlu dibuat kepada Syarikat. Bayaran ini termasuk yuran keahlian, sales kit dan kad ahli.

2.7
Permohonan Individu

(a) Individu yang berumur 18 tahun ke atas, dan tidak diisytiharkan bankrap.

(b) Permohonan oleh warganegara Malaysia mestilah disertai dengan satu salinan kad pengelanan (MYKAD), dan penyata akaun bank yang ditentukan untuk pembayaran komisen jualan produk.

(c) Permohonan daripada individu bukan warganegara Malaysia mestilah disertai dengan satu salinan pasport, permit kerja yang sah dan penyata akaun bank Malaysia yang ditentukan. Oleh kerana keperluan peraturan undang-undang cukai pendapatan Malaysia, cukai tertahan (withholding tax) perlu dipotong daripada pendapatan bukan warganegara Malaysia sebelum komisen jualan produk boleh dibayar kepada Pengedar bukan warganegara.

2.8
Permohonan Korporat

Permohonan Korporat (a) Permohonan daripada perniagaan persendirian atau perkongsian mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:-

  • Sijil pendaftaran perniagaan (Borang D) dan senarai pemilik kongsi (Borang A) daripada SSM
  • Salinan penyata akaun bank

(b)Permohonan daripada sebuah syarikat Sdn Bhd mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:-

  • Sijil Perbadanan Syarikat (Borang 9, dan Borang 13, jika perlu)
  • Borang 49
  • Salinan penyata akaun bank

(c) Hanya seorang wakil sahaja daripada pemohon perkongsian atau syarikat Sdn Bhd akan diterima oleh Syarikat. Oleh itu wakil pengurus rangkaian pengedaran untuk pemohon korporat mestilah dinyatakan dengan jelas dalam borang permohonan.

(d) Bagaimanapun, sebarang komisen jualan produk akan dibayar atas nama syarikat itu, dan BUKAN wakilnya.

2.9

Mana-mana permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat permohonan tersebut diatas akan ditolak oleh Syarikat.

2.10

Permohonan yang mengandungi maklumat palsu akan dianggap sebagai terbatal dan tidak sah.

2.11
Pembaharuan Keahlian

(a) Keahlian Syarikat tertakluk kepada pembaharuan setiap 2 (dua) tahun.

(b) Bayaran pembaharuan keahlian adalah RM84.00 .

(c) Pengedar bertanggungjawab untuk memperbaharui keahliannya 1 (satu) bulan sebelum tempoh keahliannya tamat.

(d) Pembaharuan keahlian adalah bukan automatik. Jika perlu dan mustahak untuk berbuat demikian, Syarikat mempunyai kuasa dan hak mutlak untuk menolak sebarang permohonan pembaharuan keahlian tanpa memberi sebarang sebab.

(e) Jika terdapat sebarang kegagalan, pengabaian atau keengganan untuk memperbaharui keahliannya selepas tempoh tamat, maka keahlian Pengedar akan dianggap telah tamat tempohnya.

(f) Pengedar yang telah tamat tempoh keahliannya akan kehilangan semua haknya untuk menerima komisen jualan produk, status dan keistimewaan lain di bawah pelan pemasaran Syarikat.

2.12
Permohonan Semula Keahlian

(a) Pengedar yang telah menamatkan keahliannya secara sukarela atau keahliannya telah tamat tempohnya melebihi 6 bulan, boleh memohon semula sebagai Pengedar baru di dalam Syarikat.

(b) Syarikat berhak untuk menolak permohonan semula keahlian tanpa memberi sebarang sebab.

(c) Samada keahlian lama itu diberhentikan secara sukarela atau keahlian telah tamat tempohnya, Pengedar baru ini dikehendaki bermula dari pangkat biasa di bawah pelan pemasaran Syarikat.

(d) Pengedar baru boleh memilih penaja baru berlainan daripada penaja lama sebelum penamatan keahliannya.

)(e) Rangkaian pengedaran di bawah Pengedar lama (iaitu downline) sebelum penamatan keahliannya TIDAK dibenarkan untuk dialihkan atau dipindahkan kepada Pengedar baru ini.

2.13
Penukaran Nama Keahlian Kepada Nama Syarikat

(a) Oleh kerana keperluan perniagaan, permohonan boleh dibuat untuk menukarkan nama keahlian daripada nama individu kepada nama syarikat perniagaan.

(b) Permohonan mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan bagi keahlian korporat dibawah seksyen2.8

(c) Pengedar individu asal mestilah pemilik syarikat perniagaan baru yang didaftar ini.

(d) Sebarang percubaan untuk menukar nama keahlian di bawah seksyen ini adalah tertakluk kepada peraturan seksyen 4 (Pemindahan Keahlian).

Seksyen 3 - Dwi-Keahlian

3.1

Pengedar tidak dibenarkan untuk memegang dua keahlian atas nama yang sama.

3.2

Tertakluk kepada seksyen2.4, jika terdapat dua keahlian mempunyai nama yang sama, maka nama yang pertama didaftarkan itu akan diiktiraf sebagai Pengedar sah.

3.3

Tanpa menjejaskan seksyen3.2 diatas, selepas siasatan dibuat dan didapati bahawa permohonan pertama telah dipalsukan atau dihantar tanpa pengetahuan atau persetujuan pemohon, maka permohonan kedua mungkin diproses sebagai Pengedar yang sah.

3.4

Syarikat mempunyai hak dan kuasa untuk meluluskan permohonan kedua itu.

3.5
Dwi-identiti atau beroperasi dibawah proksi

(a) Pengedar tidak dibenarkan untuk memiliki dua identiti atau menggunakan proksi untuk beroperasi dibawah dua penaja yang berbeza.

(b) Jika Pengedar menggunakan dua identiti atau proksi beroperasi di bawah dua rangkaian pengedaran berlainan, maka cara ini akan dianggap sebaga menukar penaja (Line-Switching) atau memancing pengedar lain (Line-pinching). Tindakan akan diambil dibawah peraturan seksyen7-Kod Etika Pengedar.

3.6
Keahlian Suami dan Isteri

Keahlian Suami dan Isteri (a) Suami dan isteri dibenarkan untuk menaja di antara satu-sama lain dan memegang keahlian yang berasingan, tetapi mestilah dibawah rangkaian pengedaran penaja yang sama.

(b) Jika dua orang Pengedar telah memegang keahlian di dalam Syarikat sebelum perkahwinan mereka, maka ada dua pilihan untuk mereka:-

(i) Membatalkan salah satu keahlian, atau

(ii) Dengan kadar segera, memberitahu Syarikat dengan surat rasmi tentang status perkahwinan mereka dan meneruskan dua keahlian tersebut.

(c) Jika berlaku penceraian, nama keahlian yang sedia ada akan diteruskan kecuali Pengedar tersebut memberitahu Syarikat dengan surat rasmi.

(d) Apabila menghantar permohonan untuk menukar nama keahlian di bawah kod Pengedar yang terlibat dengan perceraian, dokumen yang sah berkaitan dengan perceraian perlu disertakan bagi menentukan siapakah yang berhak mengambil-alih kod keahlian itu.

Seksyen 4 - Pemindahan Keahlian

4.1

Keahlian di dalam Syarikat tidak boleh dipindah milik atau dijual-beli kecuali atas sebab-sebab berikut

1. Kematian

2. Umur sudah tua

3. Tidak berupaya

4. Kesihatan (disahkan oleh pengawai kesihatan)

5. Kelulusan khas oleh pihak Syarikat.

4.2
Pemindahan Disebabkan Kematian (Waris)

(a) Keahlian didalam syarikat adalah dianggap sebagai warisan si mati.

(b) Jika Pengedar meninggal dunia dengan wasiat, maka nama yang dinyatakan di dalam wasiat akan mewarisi keahlian dalam Syarikat.

(c) Jika Pengedar mati tanpa wasiat, maka isteri atau suami si mati akan mewarisi keahlian; atau sesiapa yang ditetapkan dibawah undang-undang pembahagian warisan.

4.3

Sebarang permohonan untuk memindahkan keahlian dibawah seksyen 4.1 mestilah dibuat secara rasmi dengan permohonan bertulis dan disertakan dokumen-dokumen sah.

4.4

Selepas permohonan pemindahan diluluskan oleh Syarikat, Pengedar baru perlu menandatangani satu surat persetujuan mematuhi segala peraturan Polisi dan Prosedur Pengedar Syarikat, dan menanggung hak pendapatan komisen jualan produk.

4.5

Yang diwarisi oleh Pengedar baru hanya terhad kepada haknya ke atas komisen jualan dibawah pelan pemasaran. Ia tidak merangkumi status, kedudukan atau keistimewan yang diterima oleh si mati sebelum pemindahan keahlian.

4.6
Kelulusan khas oleh pihak Syarikat

(a) Jika terdapat permohonan khas untuk memindah keahlian atas sebab-sebab tertentu, Syarikat akan menyemak permohonan dengan terperinci sebelum kelulusan boleh diberikan.

(b) Syarikat mempunyai hak dan kuasa mutlak untuk meluluskan atau tidak permohonan tersebut tanpa memberi sebarang sebab. Keputusan Syarikat adalah muktamad.

Seksyen 5 - Status Pengedar

5.0

Perjanjian Diantara Pengedar dan Syarikat

5.1

Pengedar mengendalikan perniagaan di Syarikat sebagai sebuah entity perniagaan individu bebas (iaitu Pengedar Bebas), dan tidak ada hubungan agensi atau pekerjaan langsung antara Pengedar dan Syarikat.

5.2

Pengedar adalah BUKAN pekerja, ejen atau wakil Syarikat, dan TIDAK diberi kuasa untuk bertindak dan bercakap bagi pihak atau mengikat Syarikat atau gabungannya, pemegang saham, Pengarah atau pegawai dan pekerjanya.

5.3

Pengedar tidak boleh membuat apa-apa tuntutan, representasi atau kenyataan-kenyataan tentang Syarikat, atau menuntut mempunyai kuasa khas untuk mewakili Syarikat dalam sebarang transaksi dan urusan; dan Tidak boleh menuntut mempunyai hubungan perniagaan khas dengan Syarikat, sekutunya, pemegang saham atau pegawai-pegawainya. Pengedar mestilah menanggung kerugian Syarikat terhadap sebarang liabiliti undang-undang yang timbul daripada tuntutan, representasi atau kenyataan yang tidak betul yang dibuat oleh Pengedar sendiri.

5.4

Syarikat tidak akan menanggung atau bertanggungjawab terhadap mana-mana tuntutan bayaran daripada Pengedar atau mana-mana pihak ketiga untuk sebarang pampasan, tuntutan, kehilangan, kos atau yuran ditanggung akibat daripada Pengedar tidak mematuhi Polisi dan Prosedur, atau pertikaian dengan pihak ketiga yang ditimbulkan oleh Pengedar sendiri..

5.5

Pengedar tidak boleh memfitnah Syarikat, pegawai-pegawainya, dan Pengedar-pengedar lain.

5.6

Pengedar tidak boleh bertindak, sama ada secara individu atau berkumpulan, mencuba untuk mempengaruhi operasi dan pentadbiran Syarikat yang akan menjejaskan operasi perniagaan Syarikat. Sengaja atau berniat menentang peraturan Syarikat adalah tidak dibenarkan.

5.7

Pengedar tidak mempunyai dan tidak boleh mendakwa mempunyai, sebarang keistimewan atau hak perniagaan khas keatas mana-mana kawasan atau wilayah.

5.8

Pengedar mestilah memenuhi syarat-syarat KPI (Key Performance Indicator) yang dikuatkuasakan oleh Syarikat. Pengedar yang tidak lulus penilaian KPI akan menyebabkan keahliannya digantung atau ditamatkan.

Seksyen 6 - Tanggungjawab Penaja

6.1

Penaja adalah seorang Pengedar Syarikat yang telah berjaya menjual produk dan memberi servis cermelang kepada seorang pelanggan baru (yang telah menandatangani borang permohonan pengedaran) di bawah pelan pemasaran Syarikat.

6.2

Penaja bertanggungjawab memberi latihan dan sokongan kepada Pengedar baru (yang kini dibawah rangkaian pengedarannya, iaitu downline) dan juga perlu menjelaskan dan memastikan Pengedar baru tersebut telah membaca dan memahami peraturan dibawah Polisi & Prosedur Pengedar Syarikat dan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (AJLSAP1993).

6.3

Penaja mestilah memberi latihan produk dan pelan pemasaran kepada Pengedar baru berasaskan bahan dan maklumat yang telah diluluskan oleh Syarikat. Penaja tidak boleh memberi penekanan yang berlebihan terhadap komisen tinggi yang tidak seimbang atau pembayaran komisen.

6.4

Penaja TIDAK boleh menggunakan kekasaran atau penipuan, atau membuat sebarang representatsi yang tidak benar, untuk mengelirukan Pengedar baru.

6.5

Penaja mestilah menerangkan kepada Pengedar baru dengan jelas bahawa komisen jualan hanya dibayar berdasarkan hasil jualan produk sahaja, dan TIADA bayaran lain akan dibuat semata-mata untuk penajaan pengedar baru sahaja.

Seksyen 7 - Kod Etika Pengedar

7.1

Merujuk kepada seksyen 1, Pengedar perlu menjalankan perniagaan jualan langsung berpandukan undang-undang, syarat-syarat dan peraturan-peraturan dibawah Akta Jualan Langsung dan Akim Anti-Piramid 1993.

7.2

Pengedar boleh memperkembangkan perniagaannya dan membanggunkan rangkaian pengedarannya berdasarkan Polisi dan Prosedur Syarikat.

7.3

Pengedar TIDAK boleh menyertai kegiatan yang menyalahi undang-undang atau terbabit di dalam mana-mana "skim cepat kaya", dan skim "money-laundering", atau terlibat dalam mana-mana skim kepentingan yang tidak diluluskan oleh pihak berkuasa.

7.4

Pengedar hendaklah mendaftarkan perniagaannya dengan pihak berkuasa dan membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

7.5

Segala kelakuan, percakapan dan tatacara Pengedar mestilah mencerminkan keikhlasan, kejujuran, imej dan integriti Syarikat.

7.6

Pengedar mestilah menjalankan perniagaannya dengan keadilan, tatacara yang baik, jujur, serius, penuh komitmen dan bertanggungjawab.

7.7

Pengedar mestilah:-

(a) Dengan jujur dan amanah mempersembahkan dan menyampaikan kualiti, nilai dan prestasi produk Syarikat.

(b) Dengan jujur dan ikhlas menjelaskan dan menggambarkan potensi pendapatan Pelan Pemasaran Syarikat, dan tidak boleh memberi penekanan yang berlebihan terhadap komisen tinggi yang tidak seimbang atau pembayaran komisen.

7.8

Menukar penaja dibawah rangkaian pengedaran yang berlainan (Line-Switching) atau memancing pengedar lain (Line-pinching) adalah tidak beretika dan dilarang sama sekali.

(a) Pengedar tidak boleh menawarkan sebarang hadiah, cabutan bertuah, harga diskaun, insentif atau dorongan lain untuk mendapatkan prospek baru atau pengedar-pengedar lain untuk menyertai kumpulan rangkaian pengedarannya.

(b) Pengedar tidak boleh menggunakan cara kasar, mengugut, sebarang kelakuan tidak beretika dan dengan niat yang tidak baik untuk memujuk prospek baru atau pengedar lain untuk menyertai kumpulan rangkaian pengedarannya.

7.9

Selain daripada pembelian dan jualan produk biasa seperti yang diperuntukkan di bawah Pelan Pemasaran Syarikat, Pengedar tidak boleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, terlibat dengan pengedar-pengedar lain atau rangkaian pengedarannya (downlines), dalam sebarang urusan kewangan.

(a) Tidak boleh terlibat dalam urusan pinjaman wang antara satu sama lain

(b) Tidak boleh terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram

7.10

Pengedar tidak boleh terlibat atau mengambil bahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, menarik, mengajak atau menghasut pengedar lain untuk menyertai aktiviti-aktiviti lain.

(a) Menyertai syarikat jualan langsung lain.

(b) Mengambil bahagian dalam perniagaan atau perdagangan lain.

(c) Terlibat dalam urus-niaga jualan produk lain

(d) Menyertai atau terlibat dalam kursus atau latihan lain.

(e) Terlibat dalam sebarang kegiatan atau aktiviti lain yang menjejaskan atau memudaratkan kepentingan Syarikat.。

7.11

Pengedar mestilah menjual produk pada harga jualan runcit yang dicadangkan oleh Syarikat.

(a) Menjual produk dengan harga diskaun adalah dilarang sama sekali.

(b) Menggunakan amalan-amalan perdagangan yang tidak adil dan jujur dimana secara tidak langsung menjual produk di bawah harga runcit yang telah disyorkan adalah dilarang sama sekali.

7.12

Pengedar tidak seharusnya membeli produk dalam jumlah kuantiti yang besar atau sebarang jumlah yang besar yang melebihi keupayan mereka untuk menjualnya dalam tempoh masa yang berpatutan.

7.13

Pengedar tidak boleh menggunakan kekerasan, ancaman-ancaman atau kegiatan-kegiatan tidak adil untuk menpengaruhi mana-mana pelanggan supaya membeli produk.

7.14

Pengedar tidak boleh mempamerkan atau menjual produk Syarikat di mana-mana kedai runcit, kaunter, kompleks membeli-belah atau kedai paparan tanpa sebarang persetujuan bertulis daripada Syarikat .

7.15

Pengedar, tidak kira pangkatnya, yang TIDAK mematuhi atau melanggar mana-mana peraturan Polisi dan Prosedur Pengedar Syarikat, selepas siasatan dibuat Pengedar tersebut akan digantung atau ditamatkan keahliannya berdasarkan seksyen 8.

Seksyen 8 - Penggantungan dan Penamatan Keahlian

8.1

Penggantungan dan penamatan keahlian didalam Syarikat akan menyebabkan pemberhentian semua hak dan keistimewaan dibawah Pelan Pemasaran Syarikat, atau kepentingan yang telah diberikan khas oleh Syarikat kepada Pengedar tersebut.

8.2

Setelah keahliannya digantung atau ditamatkan, Pengedar akan kehilangan segala haknya, status, manfaat dan keistimewaan-keistimewaan dibawah pelan pemasaran.

8.3

Secara meluas Penamatan Keahlian dibahagikan seperti yang berikut.

(a) Keahlian dianggap telah ditamatkan.

(b) Penggantungan dan/atau penamatan dibuat oleh pihak Syarikat.

(c) Penamatan sukarela (iaitu menarik diri secara sukarela) oleh Pengedar sendiri.

8.4
Keahlian dianggap telah ditamatkan.

Keahlian Pengedar adalah dianggap telah ditamatkan jika berlakunya perkara-perkara berikut sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

(a) Pengedar telah melakukan perbuatan jenayah di bawah mana-mana undang-undang jenayah.

(b) Pengedar telah disabitkan bersalah dalam mana-mana mahkamah.

8.5
Penggantungan atau Penamatan dibuat oleh pihak Syarikat.

(a) Jika didapati mana-mana Pengedar yang tidak mematuhi atau melanggar peraturan Polisi dan Prosedur Pengedar Syarikat, AJLSAP 1993 atau unndang-undang kerajaan, Syarikat mempunyai hak dan kuasa untuk menggantung dan/atau menamatkan keahlian Pengedar dan mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya dan berpatutan terhadap Pengedar pada bila-bila masa sahaja.

(b) Pengedar yang telah digantung atau ditamatkan keahliannya boleh membuat surat rayuan kepada pihak Syarikat dalam tempoh empat-belas (14) hari dari tarikh ia digantung atau ditamatkan keahlian. Surat rayuan perlulah sampai di ibupejabat Syarikat dan dicop rasmi bukti penerimaan oleh pengawai Syarikat.

(c) Syarikat mempunyai hak dan kuasa untuk membuat keputusan muktamad terhadap rayuan tersebut. Pengedar tidak boleh mempertikaikan keputusan muktamad.

8.6
Penamatan sukarela (iaitu menarik diri secara sukarela) oleh Pengedar sendiri.

(a) Pengedar dibenarkan untuk menamatkan keahliannya secara sukarela dengan menghantarkan permohonan bertulis kepada Syarikat.

(b) Tarikh berkuatkuasa bagi penamatan keahlian Pengedar adalah hari dimana Syarikat menerima dan mengesahkan permohonan penamatan itu.

(c) Apabila membuat permohonan penamatan keahlian, dokumen-dokumen berikut perlulah disertakan:

Surat penamatan yang telah ditandatangani oleh Pengedar sendiri.

Semua salinan asal 'Invois'dan 'Delivery Order' bagi produk yang telah dibeli.

Sebab-sebab penamatan.

(d) Apabila permohonan penamatan telah diterima, syarikat akan menetapkan satu tarikh temu-janji untuk Pengedar penamatan datang ke pejabat dan memulangkan produk yang belum dijual.

(e) Produk yang hendak dipulangkan dan dibeli-balik oleh Syarikat tertakluk kepada syarat Polisi Pemulangan Produk dan Dasar Beli-Balik dibawah seksyen 9.

8.7

Sebaik sahaja Syarikat menerima penamatan keahlian dan membeli-balik produk tidak terjual itu, jualan asal produk yang dipulangkan itu adalah dianggap terbatal.

8.8

Oleh kerana jualan produk yang dipulangkan itu telah dianggap terbatal, ini mungkin menjejaskan status penaja dan semua rangkaian pengedaran atasan (uplines).

(a) Kedudukan pangkat penaja (sponsor) dan semua rangkaian pengedaran atasan (uplines) yang telah tercapai dengan penggunaan PV jualan produk terbatal itu akan dibatalkan juga. Ini mungkin menyebabkan pangkat penaja dan upline lain diturunkan ke pangkat asal.

(b) Semua komisen jualan yang pernah diterima oleh Pengedar penamatan sebelum ini akan ditolak daripada pembayaran balik. Adalah tanggungjawab semua upline yang terlibat memulangkan komisen jualan yang mereka pernah terima daripada jualan produk terbatal sebelum ini kepada Pengedar penamatan. Pembayaran balik komisen jualan kepada Pengedar penamatan adalah tanggungjawab asas semua upline.

(c) Jualan produk yang terbatal ini akan ditolak dari pengiraan BV untuk pembayaran bonus perkongsian keuntungan (profit-sharing bonus) kepada semua upline yang terlibat sebelum ini. Selepas ditolak pembatalan jualan BV ini dan menyebabkan kekurangan BV untuk layak menerima bonus perkongsian keuntungan, maka kelayakan untuk menerima bonus perkongsian keuntungan itu akan dibatalkan juga. Dengan ini, jumlah bonus perkongsian keuntungan yang pernah diterima perlu dipulangkan kepada Syarikat.

8.9

Apabila diminta oleh Syarikat, penaja dan semua upline yang terlibat bertanggungjawab membayar balik, memulangkan atau membayar ganti-rugi kepada Syarikat ke atas apa-apa komisen/bonus jualan, hadiah atau intensif lain yang pernah diterima daripada Syarikat menerusi jualan produk terbatal ini.

8.10

Pengedar-pengedar yang terlibat dibawah seksyen 8.8 & 8.9 tersebut di atas bertanggungjawab membayar balik kepada Syarikat dalam tempoh tiga (3) bulan. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan keahlian mereka dibatalkan atau digantung dibawah seksyen 8.5

8.11

Pengedar yang telah digangtung atau ditamatkan keahliannya TIDAK boleh memasuki mana-mana premis Syarikat, tidak boleh terlibat atau menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan atau dibawah naungan Syarikat.

Seksyen 9 - Polisi Pemulangan Produk dan Dasar Beli-Balik

9.1

Pengedar dibenarkan untuk menamatkan keahliannya di dalam Syarikat secara sukarela, dan boleh membuat permintaan secara bertulis kepada Syarikat untuk membeli balik produk yang belum dijualnya.

9.2

Produk yang ingin dipulangkan dan dibeli-balik oleh Syarikat tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a) Produk mestilah belum dibuka atau digunakan.

(b) Produk mestilah berada dalam keadaan yang baik dan boleh dijual semula.

(c) Tarikh invois pembelian produk tersebut mestilah dalam masa 180 hari. [Peraturan-Peraturan Jualan Langsung (Skim dan Perjalanan)2001, Sec.6 ]

9.3

Pembayaran balik ke atas produk yang dibeli-balik itu adalah mengikut syarat-syarat berikut

Jika Produk Yang Tidak Terjual itu Dibeli-balik, Adakah Yuran Pentadbiran Dikenakan ?
(a) Dalam masa tempoh bertenang sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh invois. TIDAK PERLU
(b) Dalam masa 180 hari dari tarikh invois. 10% Yuran Pentadbiran akan dikenakan. [Peraturan-Peraturan Jualan Langsung(Skim dan Perjalanan)2001, Sec.6 ]
9.4

Semua bonus jualan yang pernah diterima oleh Pengedar penamatan sebelum ini akan ditolak.

9.5

Adalah tanggungjawab semua upline yang terlibat memulangkan bonus jualan yang mereka pernah terima daripada jualan produk terbatal sebelum ini kepada Pengedar penamatan. Pembayaran balik bonus jualan kepada pengedar penamatan adalah tanggungjawab asas semua upline.

9.6

Jumlah bersih pembayaran balik untuk pembelian-balik produk akan dikeluarkan dalam masa 30 hari selepas pemulangan produk diterima oleh Syarikat.

Seksyen 10 - Jualan dan Pembelian Produk

10.1

Pengedar boleh membeli produk daripada Syarikat pada harga borong (harga pengedar).

10.2

Pembelian produk mestilah dibayar dengan wang tunai, atau tender undang-undang dan instrumen pembayaran yang ditetapkan oleh Syarikat.

10.3
Tarikh Tutup Jualan Setiap Bulan

(a) Tarikh tutup untuk pembelian produk adalah hari urusniaga terakhir setiap bulan.

(b) Pengedar harus memastikan jualan penyenggaraan bulanan (iaitu sales maintenance) mereka dibuat sebelum waktu perniagaan ditutup pada hari urusniaga terakhir.

(c) Syarikat tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan hak menerima komisen jualan produk disebab borang pesanan pembelian dihantar selepas waktu perniagaan pada hari urusniaga terakhir.

10.4
Pembayaran Komisen Jualan Setiap Bulan

(a) Pengedar dikehendaki mempunyai satu akaun bank yang sah untuk pembayaran terus komisen jualan setiap bulan (jika ia layak menerima).

(b) Komisen jualan produk akan dibayar atas nama Pengedar berdaftar yang sah. Sebarang permintaan untuk membayar komisen atas nama penerima yang lain TIDAK akan dilayan.

(c) Komisen jualan produk bagi sesuatu bulan bonus akan dikira kepada Pengedar yang layak mengikut Pelan Pemasaran Syarikat, dan dibayar pada atau sebelum 20 haribulan yang berikutnya, tertakluk kepada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum. Tarikh sebenar Pengedar menerima komisen mungkin berbeza bagi bank yang digunakan oleh pengedar dan waktu pemindahan IBT.

(d) Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan bagi pembayaran komisen disebab akaun bank yang diberikan kepada Syarikat adalah tidak betul atau tidak aktif lagi.

Seksyen 11 - Harta Intelek Syarikat

11.1

Nama Syarikat, logo atau cap dagangan Syarikat tidak boleh digunakan atau dipamerkan oleh Pengedar pada mana-mana rumah kediaman, pangsapuri, kedai perdagangan, pejabat atau kompleks perniagaan.

11.2

Pengedar dilarang menggunakan sebarang bentuk media (termasuk multimedia) untuk mengiklan atau menggalakkan urusan perniagaan dan produk syarikat, atau melibatkan diri dalam mana-mana temu-bual dengan media, artikel dalam media, penerbitan akhbar, atau sebarang penerbitan awam.

11.3

Pengedar tidak boleh menggunakan logo atau nama Syarikat, cap dagangan, nama produk, atau mana-mana harta intelek Syarikat, sama ada berdaftar atau tidak , dalam sebarang bentuk bagi pengiklanan atau promosi tanpa mendapatkan surat kelulusan bertulis daripada Syarikat.

11.4

Pengedar tidak boleh menggunakan kad perniagaan (business card) atau alat bantuan jualan peribadi yang mengandungi logo Syarikat, nama atau cap dagangan tanpa mendapat surat kelulusan bertulis daripada Syarikat.

11.5

Tertakluk kepada seksyen 11.3 dan11.4:-

(a) Perkataan "Pengedar Bebas" mestilah dicetak pada kad perniagaan dan alat-alat bantuan jualan yang diluluskan oleh Syarikat

(b) Penggunaan gelaran pangkat dalam Syarikat atau alamat perniagaan Syarikat adalah dilarang sama sekali.

(c) Kad perniagaan dan alat-alat bantuan jualan peribadi hanya boleh diedarkan melalui hubungan peribadi sahaja, dan tidak boleh disiarkan di tempat-tempat awam atau laman web internet.

11.6

Jika berlaku sebarang pelanggaran hak intelek, Syarikat berhak menuntut ganti rugi dan/atau perintah mahkamah, dibawah undang-undang yang bersesuaian.

11.7

Syarikat mempuyai hak untuk melarang mana-mana pengiklanan atau promosi yang salah atau keterlaluan, dan boleh menuntut semua ganti rugi dibawah undang-undang yang bersesuaian.

Seksyen 12 - Polisi Syarikat

12.1

Syarikat mempunyai hak dan kuasa untuk meminda, mengubah, menambah atau memotong mana-mana peraturan Polisi dan Prosedur Pengedar pada bila-bila masa apabila ia dianggap bersesuaian dan mustahak berbuat demikian disebabkan oleh perubahan dalam perniagaan atau penukaran keadaan pasaran tanpa memberi notis terlebih dahulu.

12.2

Salinan rasmi Polisi dan Prosedur Pengedar yang tersimpan di ibupejabat Syarikat adalah salinan rasmi dan muktamad digunakan oleh Syarikat.

12.3

Sekiranya terdapat sebarang kesamaran tafsiran Polisi dan Prosedur Pengedar, tafsiran yang dibuat oleh Syarikat berasaskan versi Bahasa Inggeris adalah muktamad.